Saturday, March 13, 2010

Toksin punca segala penyakit



Memang lumrah bagi setiap insan jatuh sakit. Lazimnya, ini disebabkan oleh pengumpulan toksin dalam badan manusia. Toksin mungkin berpunca daripada udara persekitaran sementara makanan yang kita makan mungkin dihasilkan daripada sumber racun yang sering mengandungi bahan pengawet, pewarna, pewangi dan penstabil makanan.

Kemungkinan juga haiwan ternakan dan pokok tanaman terdedah kepada baja dan racun serangga kimia semasa peringkat pertumbuhan. Apabila manusia termakan bahan tambahan ini atau menyedut wap daripada unsur-unsur ini, toksin terkumpul di dalam badan dan lama kelamaan ia akan merosakkan sel-sel badan dan sistem imun badan kita. Lambat launia akan meresap ke dalam aliran darah dan merosakkan sistem penghadaman(perut, usus kecil dan besar), sistem penyaringan (hati dan buah pinggang) dan sistem endokrin (kelenjar, pituitari, adrenal dan tiroid)mengakibatkan kesan-kesan sampingan seperti penyakit.

Menurut falsafah penyembuhan organik, kesihatan boleh dijejaskan oleh toksin dan ia tidak seharusnya dibiarkan dalam tubuh kita. Misalnya, sembelitakan menyebabkan sisa buangan dalam badan kita terpendap dan seterusnya menjejaskan fungsi sistem penghadaman. Lama kelamaan, ia boleh menyebabkan penyakit serius yang memudaratkan kesihatan.

Sebab sebab peningkatan toksin

Tanpa disedari sesetengah masalah badan kita sebenarnya berpunca daripada tabiat pemakanan.

Pengambilan makanan yang terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi putih, roti, gula, manisan, makanan goreng dan berminyak, protein berlebihan dan lain-lain.

Ini telah menyebabkan badan kita terlalu berasid serta penuh dengan makanan yang tidak tercerna, bertapai, reput dan tidak asli. Makanan yang kita makan setiap hari mengandungi bahan bahan kimia seperti bahan awet, pewarna, antibiotik, perisa buatan, racun makhluk perosak dan lain-lain. Kesemua makanan ini meningkatkan kandungan toksin di dalam badan kita.

Sebab-sebab lain seperti:

Kurang mengambil sayuran dan buah-buahan, pengambilan ubat-ubatan yang merbahaya, cara masakan yang tidak betul, ramuan yang membahayakan, kurang bersenam, tabiat negatif seperti merokok, meminum arak dan pengambilan kopi yang berlebihan.

Keracunan berterusan dalam tubuh boleh mengakibatkan :- Tidak cukup tenaga bagi mental dan badan, sakit kepala yang serius, sakit tulang belakang, lemah penglihatan, saraf menggigil, kelesuan yang teramat, sakit otot, tinnitus, batuk kering dan alahan kepada habuk.

TINDAK BALAS

Setelah memakan MELILEA GREENFIELD ORGANIK , seseorang harus berpuas hati apabila berlaku tanda-tanda reaksi. Sesetengah orang salah sangka bahawa ini akibat kesan sampingan produk. Lazimnya mereka yg mmg sihat tidak akan menunjukkan reaksi yang ketara. Mereka yang sakit terlalu tenat pun tidak akan menampakkan reaksi yang nyata sebab sel sel mereka sudah hampir tidak berfungsi.

Reaksi pemulihan berlaku sebab tindakan di antara zat makanan dgn oksigen telah mengaktifkan semula organ organ yg selama ini tidak berfungsi (misal nya anda berasa sakit perut apabila kolon anda mula menyingkirkan najis yang lama tersumbat), atau menyebabkan sakit-sakit apabila toksin mula bergerak di tubuh anda (misalnya apabila sengal sengal tulang).

Ini boleh diibaratkan dgn membersihkan karat didalam paip air. Mula-mulanya, banyak karat yang mengalir keluar. Lama kelamaan, paip itu kembali bersih spt sediakala.

Tahap reaksi setiap individu berbeza-beza. Reaksi yang semakin kuat
menandakan tubuh seseorang itu semakin lemah. Oleh itu, seseorang harus bersabar apabila ini berlaku. Jika anda berhenti mengambil MELILEA ORGANIK GREENFIELD, anda mungkin akan hilang peluang memulihkan diri tanpa pengambilan ubat.



TANDA-TANDA AWAL YG MENUNJUKKAN BADAN KURANG BERSIH

1. lendir di dalam hidung dan kerongkong apabila bangun waktu pagi

2. hidung tersumbat atau berair, lidah berlumur, bau nafas

3. tanda darah dalam mata, tidak berselera makan, perut terasa berat

4. perut berangin, pening kepala, terlalu banyak kelumumur, berpeluh berlebih lebihan

5. badan berbau, kulit berwarna kekuningan lekas marah.

"Toksin meracuni tubuh" FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI
Petikan Artikel Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

KULIT boleh diumpamakan seperti ‘skrin televisyen’ yang boleh memaparkan apa yang berlaku di dalam tubuh manusia. Jika tubuh tidak sihat ia boleh dilihat daripada kulit yang tidak berseri, pucat, berjerawat dan kusam.

Bukan setakat penyakit, kulit juga menjadi ‘agen’ pemberitahuan sama ada seseorang itu diselubungi perasaan tenang, gembira atau sebaliknya.

Justeru, setiap orang pastinya mahu kelihatan segar, bertenaga, berseri dan mempunyai kulit yang mulus menawan.

Seringkali kita mengutamakan kecantikan dengan memberi penekanan dari luaran. Tidak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli set penjagaan kulit, makanan tambahan dan juga vitamin.

Golongan wanita lebih prihatin terhadap aspek penjagaan tubuh. Namun, tidak ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan.

Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.

Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain.

Bertemu dengan Pengurus Produk Juvanex di Cambert (M) Sdn. Bhd., Gracia Ng, menemukan pelbagai skop tentang kebaikan buang toksin dan cara-caranya.

Beliau yang juga seorang ahli farmasi berpengalaman, menerangkan bahawa secara umumnya, jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya.

Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.

Ng menerangkan, simptom di atas hanya yang boleh dilihat di wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih tidak elok.

“Definisi buang toksin atau lebih popular dengan sebutan detox sebenarnya amat berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.

“Kebanyakan daripada kita menganggap detox ini hanya melibatkan bahagian pencernaan, tetapi amat penting untuk kita mengetahui bahawa organ hati juga memainkan peranan penting dalam pembuangan toksin dari tubuh badan manusia, iaitu menerusi pembuangan air kencing,” jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Glenmarie, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Ng, toksin terdapat hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh.

Justeru, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia.

Sisa-sisa ini akan terkumpul untuk satu jangka masa dan menghasilkan toksin. Sepatutnya semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi membabitkan dua organ utama utama iaitu hati dan usus.

“Jadi kalau kita hendak pembersihan yang menyeluruh, dua organ tersebut perlu diberi perhatian kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam pembersihan sisa toksin dari dalam badan,” ujar Ng.

Rutin pembuangan air besar terganggu

Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti pembuangan air besar yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi orang norma.

“Pengalaman saya sebagai seorang ahli farmasi, wanita lebih kerap mengalami masalah pembuangan air besar. Ada kes seorang wanita yang hanya membuang air besar seminggu sekali.

“Sebenarnya masalah ini berkaitan dengan corak pemakanan yang tidak betul seperti kurang mengambil makanan berserat dan minum air masak, kurang bersenam serta pengambilan ubat termasuk ubat untuk kurus.

“Sebenarnya, sebarang pengambilan ubat untuk kurus yang melawaskan pembuangan air besar akan menyebabkan gangguan pada rutin pembuangan air lebih-lebih lagi apabila mereka menghentikan pengambilan tersebut. Mereka ini akan terdedah kepada penyakit sembelit,” cerita Ng berdasarkan pengalamannya.

Jelasnya, proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Tapi jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh.

“Selalunya seseorang hanya akan mengambil tindakan sekiranya sesuatu penyakit telah berlaku. Seperti yang kita ketahui, banyak penyakit bermula daripada usus, sebab organ tersebut menjadi tempat pengumpulan toksin.

Jika ia tidak dikeluarkan maka toksin itu diserap semula dalam badan,” katanya.

Justeru, apabila tubuh tidak pernah melakukan proses detox atau nyah toksin sejak lahir, biasanya tubuh akan menghantar ‘tanda’. Sakit kepala adalah salah satu daripada tanda toksin yang banyak dalam badan,” jelas Ng.

Tanda-tanda seseorang banyak toksin

Menurut Gracia, seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap.

Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.

“Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi. Semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.

“Detox umpama ‘agen’ pencuci yang ‘mengikis’ dinding usus yang terlekat dengan sisa buangan yang tidak pernah dibuang dalam tempoh yang sepatutnya.”

Toksin berlebihan mempengaruhi emosi

Ng yang turut membuat pemerhatian mendalam tentang proses nyah toksin mendapati, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika seseorang mengalami toksin berlebihan dalam badan ia bukan hanya melibatkan fungsi anatomi tubuh tetapi emosi juga.

“Kita mungkin pernah terserempak atau melihat seseorang yang terlalu curiga dengan kebersihan. Contohnya, jika individu tersebut telah membasuh tangan, kemudian dia tersentuh sesuatu yang kita nampak bersih tapi tidak padanya dan dia cepat-cepat mencuci semula tangannya.

“Ini adalah salah satu simptom yang mengaitkan dengan toksin berlebihan dalam tubuh individu tersebut.

“Selain itu, individu yang kerap marah-marah, emosional dan sering tidak tenang, antara lain juga disebabkan oleh kandungan toksin yang berlebihan dalam tubuh.

“ Ini kerana lymphatic system (sistem limfa) jika tidak berfungsi sepatutnya menjadikan seseorang tidak boleh duduk diam, degil, tidak yakin dengan kebersihan dan kelam kabut,” katanya.

Buang toksin tidak sesuai untuk ibu mengandung

Ibu mengandung atau yang sedang menyusukan bayi tidak dicadangkan membuang toksin, tetapi bagi ibu yang sedang merancang untuk hamil boleh mengamalkan detox sambil mengambil ubat seperti asid folik untuk perkembangan janin.

Selain itu, membuang toksin menyediakan tubuh badan yang lebih bersih untuk bakal ibu mengandung kelak.

“Selepas bersalin dan menyusukan anak adalah disarankan untuk seseorang ibu itu melakukan detox untuk mengembalikan kesegaran serta susuk tubuh yang lebih segar dan menawan,” ujar Ng.

Cara ekstrem buang toksin

Menurut Ng, antara cara lain yang popular digunakan untuk membuang toksin ialah diet jus dan diet air. Tetapi ada juga yang memilih cara yang lebih ekstrem iaitu melalui proses yang dinamakan colonic irrigation atau mencuci usus.

Cara ini dibuat dengan memasukkan tiub ke dalam usus dan menyedut kotoran yang ada di dalamnya.

“Cara ini agak mahal dan hanya boleh dilakukan oleh pengamal perubatan yang diiktiraf,” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan,

No comments:

Post a Comment